Persamaan dan
perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat
melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama dan budaya.
Agama
Islam percaya
wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China),
mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia.
Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti
Brahman, Vishnu dan Siva.
Kebudayaan
Terdapat beberapa
persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan
juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Terdapat juga
perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun
Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja
selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak.
Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan
daging lembu.
Etika
Hampir semua perkara
mempunyai persamaan antara tamadun.Salah satu contoh ialah semua tamadun
mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka
percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu
adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula,
mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di
dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.
Pemerintahan
Bagi semua tamadun,
rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China)
memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik
dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari
tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara
juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul
konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan
dijelmakan sebagai wakil tuhan.
Kemasyarakatan
Setiap tamadun menyatakan
bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota
masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi
sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara
penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak
bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu
Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.
Ekonomi
Setiap tamadun
menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam
menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya
haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana
taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.
Kesimpulannya,
interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat.
Walaupun terdapat banyak kesan positif dan negatif. Pertembungan interaksi
antara tamadun ini telah mewujudkan banyak perkara baru seperti percambahan
ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini
juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan
juga etika.
No comments:
Post a Comment