My Loyal Followers kih3 ^.^~

Tuesday 20 March 2012

Globalisasi













          Globalisasi yang sedang melanda dunia hari ini,umpama ombak tsunami.Ia akan datang tanpa dapat dihalang.Persoalannya ialah,setakat mana persediaan dan kemampuan umat Islam untuk menghadapinya.Namyak aspek kehidupan sedang dilanda gelombang globalisasi ini.Aspek ekonomi,politik,social,kekeluargaan mahupun sekecil-kecil isu seperti sabun mandi juga sedang menerima pengaruh globalisasi.

           Kekuatan dan kemampuan institusi keluarga memperlengkapkan diri dengan persediaan sewajarnya,adalah merupakan perkara utama.Keluarga yang menerima aspek positif akan merasa tenang dan hebat.   Manakala keluarga yang menerima aspek negatif akan lemah dan gagal melaluinya.

          Memang kita tidak dapat nafikan globalisasi menjadikan institusi keluarga lebih baik,terutamanya dengan kehadiran pelbagai teknologi.Hari ini di mana sahaja anak-anak atau ahli keluarga dapat dihubungi melalui alat teknologi seperti telefon,emel mahupun satelit.Globalisasi juga memberi peluang penguasaan ekonomi yang baik apabila suami isteri bekerja.Ilmu pengetahuan juga berkembang akan dikuasai dengan lebih baik dan segera,hasil sumbangan teknologi.Gaya hidup juga sudah mula menampakkan keyakinan dan ada stailnya yang tersendiri.

         Tetapi jangan pula dilupakan,bahawa globalisasi juga secara tidak langsungnya,telah memberikan ruang dan peluang kepada menghuninya aspek negatif dalam hidup dan kekeluargaan kita.Hubungan keakraban keluarga sudah mula renggang apabila berlakunya penghijrahan ke kota-kota besar.Hubungan suami isteri juga semakin bersifat “materialistic” apabila masing-masing sibuk dengan karier dan kehidupan pejabatnya.Hanya bersama keluarga pada hujung minggu atau bila ada kelapangan.Krisis kekeluargaan seperti perceraian juga meningkat.Kadar kelahiran mulai merosot dengan teruk.Tanggungjawab menjaga anak diberikan kepada amah,golongan tua iaitu ibu bapa tidak lagi tinggal bersama.Program balik kampung setahun satu atau dua kali sahaja yang menjadi ruang untuk meziarahi orang tua dan sebagainya lagi.

          Aspek-aspek negatif ini dating,bersama perkara positif yang dibawa oleh globalisasi.Mahu tidak mahu,masyarakat yang ingin menjadikan keluarga sebagai asas kepada pembinaan negara yang maju dan sejahtera perlulah kembali menghayati semula nilai-nilai murni yang menjadi pegangan kita semenjak zaman Hang Tuah lagi.Ikatan kekeluargaan perlu dikukuhkan semula.Hak-hak dan tanggungjawab sebagai suami,isteri,ibu,bapa mahupun anak perlu diimbangi.Keperluan keduniaan mesti dicari tetapi jangan sampai keluarga porak peranda.Nilai-nilai seperti individualistik dan materialistik yang menunjangi kehidupan glo0bal hari ini p[erlu dimurni dan dipulihkan kembali.Pastikan keluarga tetap diberi keutamaan.keluarga yang sejahtera dan bahagia adalah merupakan asas kepada kehidupan yang mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

           Pengganas dan keganasan pula adalah merupakan satu isu besar yang sedang hangat melanda dunia.Amerika telah melahirkan pengganas dan tindakan keganasan.Amerika telah melahirkan satu keadaan yang mana keganasan perlu dihapuskan dengan keganasan yang lebih hebat lagi.Prinsip ini juga diperjuangkan oleh golongan Yahudi.Maka tidak hairanlah apabila AS tidak mahu jalan rundingan dan perdamaian dalam menangani sesuatu isu.Mereka lebih mengemari perang dan mengganas ke atas mana-mana sasarannya.

         Konfilk Israel-Palestin adalah merupakan ibu segala kecelaruan yang berlaku di dunia hari ini.Jika dilihat kebanyakkan daripada kumpulan yang bertindak melakukan keganasan,mereka akan menyalahkan AS sebagai punca ketidakadilan terutamanya dalam mengangani masalah di Asia Barat.Keadaan ini telah menjadikan kumpulan-kumpulan yang dikatakan sebagai pengganas ini terpaksa melawan semula tindakan oleh Israel dan Yahudi.

         Maka lahilah ramai pengganas dan semakin bertambahlah aktiviti keganasan.Hinggakan kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan negara mereka sendiri juga dianggap sebagai pengganas.Sedangkan negara yang mengganas dianggap mempertahankan nyawa dan harta benda mereka.Oleh itu kumpulan pejuang seperti PLI yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin,PULO yang memperjuangkan kemerdekaan Patani dan MORO yang memperjuangkan kemerdekaan Selatan Filipina dianggap sebagai pengganas.Manakala kerajaan haram Yahudi,kerajaan Thailand dan kerajaan Filipina yang bertindak keterlaluan dibiarkan dan diperakukan sebagai mempertahankan kedaulatan negara mereka.Akan tetapi mengapa apabila kerajaan Indonesia cuba mempertahankan Timor Timur daripada memperolehi kemerdekaan menerima kecaman dan campurtangan kuasa luar.

        Maka jelaslah disini bahawa dunia perlu kembali semula kepada nilai-nilai etika dan mengamalkan ajaran agama masing-masing secara luhur.Konsep keganasan perlu ditakrifkan secara global dan diperakukan oleh dunia serta diiktiraf oleh PBB.Semua resolusi yang dikeluarkan oleh PBB mestilah dipatuhi dan dilaksanakan.Setiap negara yang berdaulat didunia ini perlu memberikan hak dan keadilan kepada semua kaum samaada majoriti mahupun minority.Konfilk Israel-Palestin haruslah diselesaikan dengan jujur.Maka pastikan isu pengganas dan aktiviti keganasan ini dapat ditangan dengan sewajarnya.          


Isu-isu Semasa


           Pada abad ke-21,dunia telah menerima kemunculan ideology liberal demokrasi (Hitam,M.,2003). Fenomena global ini berakar umbi dari peradaban Barat.Walau bagaimanapun dunia telah dikejutkan dengan kehadiran isu baru berkisar tentang pertembungan peradaban (Huntington,S.P.,2004).Samuel P. Huntington adalah orang yang bertanggungjawab melontarkan idea ini,yang mana ia menjadi topik panas yang diperbincangankan melalui pelbagai forum,seminar, penyelidikan,buku dan lain-lain lagi.Ia juga telah mencetuskan pelbagai hipotesis dan mempengaruhi polisi sesebuah negara.Ini menjadikan isu dialog peradaban sangat relevan dan mendepani pelbagai isu lain sejak sedekad yang lalu.

           Maka perbincangan kemudiannya lebih menjurus kepada kewujudan tamadun-tamadun besar dunia lain seperti tamadun Islam,Melayu,China dan India selain Barat dan Inca & Maya di Amerika Latin (Aslam,M.M.,2004).Perbincangan juga mula berkisar tentang pertembungan antara tamadun yang memungkinkan kepada peperangan dan kemusnahan yang sangat besar ke atas tamadun manusia sarwajagat.Sarjana Barat seringkali mengaitkan tamadun besar dunia ini akan bertembung dan merosakkan antara satu sama lain.Ia menjadi semakin serius apabila pertembungan peradaban telah dijadikan teras dalam membangunkan polisi pertahanan dan dasar luar sesebuah negara (Veitch.J.,2005).

           Dari perspektif sejarah,peradaban Barat telah menjadi sebuah peradaban yang menguasai tamadun-tamadun lain.Era kegemilangan tamadun Barat ditandai dengan siri-siri penjelajahan dan penjajahan yang bertebaran di seluruh muka bumi sekitar abad ke-15.Barat telah menjadikan tamadun-tamadun lain lemah dan tidak berdaya saing dan hanya tamadun Barat satu-satunya tamadun yang harus dipatuhi oleh seluruh umat manusia di muka bumi ini (Al-Attas.S.M.N.,1990).Semua tamadun harus tunduk dan patuh kepada tamadun Barat dan mengikuti segala apa yang telah direncanakannya.Seluruh sistem bagi negara yang dijajah itu harus menepati acuan Barat dan mematuhinya walaupun telah mencapai kemerdekaan.

           Akan tetapi,dunia tidak dapat menafikan bahawa pertembungan antara tamadun amatlah penting dan berkesan.Barat sama sekali tidak boleh menidakkan bahawa pertembungan antara peradaban Barat dan Islam telah menjadikan mereka lebih baik dan hebat,begitu juga peradaban Islam telah menjadikan mereka lebih baik dan hebat,begitu juga peradaban Islam yang telah diperkayakan oleh tamadun India dan China,manakala peradaban Melayu pula menerima impak positif hasil pertembungannya dengan peradaban India,China,Arab dan Barat sendiri.Saling bergantungan antara peradaban inilah yang menjadikan dunia yang didiami oleh manusia sejagat ini unik dan menarik (Baso.Ahmad,1999).

           Dunia kemudiannya melalui zaman pencerahan dan keterbukaan dengan lahirnya gerakan-gerakan pro-kemerdekaan dan demokrasi liberal di ssluruh dunia.Ironisnya,gerakan ini dimulai dalam tamadun Barat itu sendiri sebelum ia merebak ke seluruh dunia dan mengungguli  negara-negara jajahan tamadun Barat.Gerakan ini kemudiannya berkembang luas dan tidak dapat lagi dibendung oleh tamadun Barat hingga akhirnya mereka terpaksa melepaskan tanah jajahan tersebut satu-persatu.Maka berakhirlah sudah satu siri hegemoni kuasa yang amat dahsyat di dalam sejarah kemanusiaan sejagat.

            Walau bagaimanapun,kemunculan globalisasi bolehlah disifatkan sebagai penjajahan bentuk moden.Tamadun besar lainnya,walaupun tidak lagi dijajah secara fizikal,tetapi mereka telah dijajah pemikiran dan rohnya apabila terpaksa mengagungkan tamadun Barat dan menerima semua sifat yang terkandung dalam tamadun-tamadun tersebut.

Monday 19 March 2012

KESIMPULAN


Tamadun dalam islam adalah bermatlamat untuk memelihara serta menjaga tiga dimensi utama dalam konteks peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini iaitu perhubungan manusia dengan Allah swt, perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan antara manusia dengan alam sejagat.

Manakala, tamadun melayu merupakan sebuah tamadun yang unik, kerana perkembangannya melalui beberapa tahap yang penting. Tamadun melayu mengambil masa berabad-abad lamanya untuk menjadi sebuah tamadun yang unggul, setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Kebudayaan melayu mengalami perkembangan yang melibatkan beberapa tahap, di mana pada mulanya masyarakat melayu mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada objek-objek yang dipercayai mempunyai roh dan azimat tertentu. Kemudian selepas kedatangan agama Hindu, masyarakat melayu dipengaruhi oleh pengaruh agama Hindu dan Buddha. Walau bagaimanapun, selepas kedatangan agama Islam, kehidupan mereka bertukar kepada mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Agama Islam mudah diterima oleh masyarakat kerana sifat Islam itu sendiri yang menjaga kemaslahatan semua manusia. Bermula dari itulah, kehidupan masyarakat Melayu berkembang dan bertambah baik.

Dalam kontek Malaysia, interaksi Tamadun india bermula dengan kedatangan pengaruh Hindu-Buddha kea lam melayu yang dibawa oleh para pedagang dan agamawan dari India. Pengaruh Hindu mula tersebar sehingga bertapak kukuh di alam Melayu apabila terbentuknya kerajaan-kerajaan Hindu seperti kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Apabila Islam dating dan mengambil alih kekuasaan, sekitar abad ke-14 dan ke-15M, ia menyebabkan pengaruh Hindu semakin berkurangan di alam melayu. Bagaimanapun kesan pengaruh Hindu masih boleh dilihat dalam sesetengah masyarakat Melayu hingga ke hari ini.

Dan yang terakhir, tamadun Cina yang merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun China sehingga ke dunia barat menunjukkan tamadun China berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun China telah member pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah member idea kepada sesebuah Negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanism, humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.
Kebolehan tamadun China dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun China telah lebih awal maju berbanding dengan tamadun lain.

Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun





Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama dan budaya.

Agama
 Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.



Kebudayaan
Terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.




Etika
Hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun.Salah satu contoh ialah semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.




Pemerintahan
Bagi semua tamadun, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan.



Kemasyarakatan
Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.




Ekonomi
Setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.





Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Walaupun terdapat banyak kesan positif dan negatif. Pertembungan interaksi antara tamadun ini telah mewujudkan banyak perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika.

Kesan Interaksi Antara Tamadun




Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini seperti tamadun Islam , China dan India dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi ini  berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain keran ia merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama.

Interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun China

Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.








Interaksi Tamadun China dan Tamadun India

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.




Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Melayu

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.





Interaksi Tamadun Cina dan Tamadun Melayu

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.



Gambar-gambar Tamadun Zaman Dulu Kala




Candi Borobudur

Candi peningalan kaum India pada zaman dahulu kala


Kuil Artemis Turki



Taj Mahal


Tembok Besar China



Taman Tergantung Babylon

Ciri-ciri Tamadun



Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.
Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik serta ia juga mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem ini membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
Disamping itu, agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

PENGENALAN



Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
Menurut Islam titas menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Unsur-unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya,konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

Wednesday 14 March 2012



SPECIAL FROM "CAMSYALOU"
Ini adalah sebahagian daripada ahli kumpulan kami yang digelar 'CAMSYALOU'. Nama ini adalah hasil gabungan daripada nama ahli kumpulan kami. C- Cindy, A- Adi, M- Mastura, SYA- Syafiq, LOU- louis. Diharap para pembaca dapat menghayati apa yang cuba kami sampaikan di blog ini. :D. Maaf sekiranya blog kurang menarik kerana kami masih belum siapkan lagi blog ini dan blog masih lagi dalam proses kemaskini. Harap maklum. :)