My Loyal Followers kih3 ^.^~

Monday, 19 March 2012

KESIMPULAN


Tamadun dalam islam adalah bermatlamat untuk memelihara serta menjaga tiga dimensi utama dalam konteks peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini iaitu perhubungan manusia dengan Allah swt, perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan antara manusia dengan alam sejagat.

Manakala, tamadun melayu merupakan sebuah tamadun yang unik, kerana perkembangannya melalui beberapa tahap yang penting. Tamadun melayu mengambil masa berabad-abad lamanya untuk menjadi sebuah tamadun yang unggul, setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Kebudayaan melayu mengalami perkembangan yang melibatkan beberapa tahap, di mana pada mulanya masyarakat melayu mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada objek-objek yang dipercayai mempunyai roh dan azimat tertentu. Kemudian selepas kedatangan agama Hindu, masyarakat melayu dipengaruhi oleh pengaruh agama Hindu dan Buddha. Walau bagaimanapun, selepas kedatangan agama Islam, kehidupan mereka bertukar kepada mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Agama Islam mudah diterima oleh masyarakat kerana sifat Islam itu sendiri yang menjaga kemaslahatan semua manusia. Bermula dari itulah, kehidupan masyarakat Melayu berkembang dan bertambah baik.

Dalam kontek Malaysia, interaksi Tamadun india bermula dengan kedatangan pengaruh Hindu-Buddha kea lam melayu yang dibawa oleh para pedagang dan agamawan dari India. Pengaruh Hindu mula tersebar sehingga bertapak kukuh di alam Melayu apabila terbentuknya kerajaan-kerajaan Hindu seperti kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Apabila Islam dating dan mengambil alih kekuasaan, sekitar abad ke-14 dan ke-15M, ia menyebabkan pengaruh Hindu semakin berkurangan di alam melayu. Bagaimanapun kesan pengaruh Hindu masih boleh dilihat dalam sesetengah masyarakat Melayu hingga ke hari ini.

Dan yang terakhir, tamadun Cina yang merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun China sehingga ke dunia barat menunjukkan tamadun China berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun China telah member pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah member idea kepada sesebuah Negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanism, humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.
Kebolehan tamadun China dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun China telah lebih awal maju berbanding dengan tamadun lain.

1 comment: