Pada abad ke-21,dunia telah menerima
kemunculan ideology liberal demokrasi (Hitam,M.,2003). Fenomena global ini
berakar umbi dari peradaban Barat.Walau bagaimanapun dunia telah dikejutkan
dengan kehadiran isu baru berkisar tentang pertembungan peradaban
(Huntington,S.P.,2004).Samuel P. Huntington adalah orang yang bertanggungjawab
melontarkan idea ini,yang mana ia menjadi topik panas yang diperbincangankan
melalui pelbagai forum,seminar, penyelidikan,buku dan lain-lain lagi.Ia juga
telah mencetuskan pelbagai hipotesis dan mempengaruhi polisi sesebuah
negara.Ini menjadikan isu dialog peradaban sangat relevan dan mendepani pelbagai
isu lain sejak sedekad yang lalu.
Maka perbincangan kemudiannya lebih
menjurus kepada kewujudan tamadun-tamadun besar dunia lain seperti tamadun
Islam,Melayu,China dan India selain Barat dan Inca & Maya di Amerika Latin
(Aslam,M.M.,2004).Perbincangan juga mula berkisar tentang pertembungan antara
tamadun yang memungkinkan kepada peperangan dan kemusnahan yang sangat besar ke
atas tamadun manusia sarwajagat.Sarjana Barat seringkali mengaitkan tamadun
besar dunia ini akan bertembung dan merosakkan antara satu sama lain.Ia menjadi
semakin serius apabila pertembungan peradaban telah dijadikan teras dalam
membangunkan polisi pertahanan dan dasar luar sesebuah negara (Veitch.J.,2005).
Dari perspektif sejarah,peradaban
Barat telah menjadi sebuah peradaban yang menguasai tamadun-tamadun lain.Era
kegemilangan tamadun Barat ditandai dengan siri-siri penjelajahan dan
penjajahan yang bertebaran di seluruh muka bumi sekitar abad ke-15.Barat telah
menjadikan tamadun-tamadun lain lemah dan tidak berdaya saing dan hanya tamadun
Barat satu-satunya tamadun yang harus dipatuhi oleh seluruh umat manusia di
muka bumi ini (Al-Attas.S.M.N.,1990).Semua tamadun harus tunduk dan patuh
kepada tamadun Barat dan mengikuti segala apa yang telah
direncanakannya.Seluruh sistem bagi negara yang dijajah itu harus menepati
acuan Barat dan mematuhinya walaupun telah mencapai kemerdekaan.
Akan
tetapi,dunia tidak dapat menafikan bahawa pertembungan antara tamadun amatlah
penting dan berkesan.Barat sama sekali tidak boleh menidakkan bahawa
pertembungan antara peradaban Barat dan Islam telah menjadikan mereka lebih
baik dan hebat,begitu juga peradaban Islam telah menjadikan mereka lebih baik
dan hebat,begitu juga peradaban Islam yang telah diperkayakan oleh tamadun
India dan China,manakala peradaban Melayu pula menerima impak positif hasil
pertembungannya dengan peradaban India,China,Arab dan Barat sendiri.Saling
bergantungan antara peradaban inilah yang menjadikan dunia yang didiami oleh
manusia sejagat ini unik dan menarik (Baso.Ahmad,1999).
Dunia kemudiannya melalui zaman pencerahan
dan keterbukaan dengan lahirnya gerakan-gerakan pro-kemerdekaan dan demokrasi
liberal di ssluruh dunia.Ironisnya,gerakan ini dimulai dalam tamadun Barat itu
sendiri sebelum ia merebak ke seluruh dunia dan mengungguli negara-negara jajahan tamadun Barat.Gerakan
ini kemudiannya berkembang luas dan tidak dapat lagi dibendung oleh tamadun
Barat hingga akhirnya mereka terpaksa melepaskan tanah jajahan tersebut
satu-persatu.Maka berakhirlah sudah satu siri hegemoni kuasa yang amat dahsyat
di dalam sejarah kemanusiaan sejagat.
No comments:
Post a Comment