This is a blog assigned to us regarding our TITAS subject that's totally gonna blow your mind and let you see history in a very awesome way! ...okay that's just bullshiat, it's not gonna do that. it's pretty boring actually. DO READ ANYWAY!
My Loyal Followers kih3 ^.^~
Tuesday, 20 March 2012
Globalisasi yang sedang melanda dunia
hari ini,umpama ombak tsunami.Ia akan datang tanpa dapat dihalang.Persoalannya
ialah,setakat mana persediaan dan kemampuan umat Islam untuk menghadapinya.Namyak
aspek kehidupan sedang dilanda gelombang globalisasi ini.Aspek
ekonomi,politik,social,kekeluargaan mahupun sekecil-kecil isu seperti sabun
mandi juga sedang menerima pengaruh globalisasi.
Kekuatan dan kemampuan institusi
keluarga memperlengkapkan diri dengan persediaan sewajarnya,adalah merupakan
perkara utama.Keluarga yang menerima aspek positif akan merasa tenang dan
hebat. Manakala keluarga yang menerima
aspek negatif akan lemah dan gagal melaluinya.
Memang kita tidak dapat nafikan
globalisasi menjadikan institusi keluarga lebih baik,terutamanya dengan
kehadiran pelbagai teknologi.Hari ini di mana sahaja anak-anak atau ahli
keluarga dapat dihubungi melalui alat teknologi seperti telefon,emel mahupun
satelit.Globalisasi juga memberi peluang penguasaan ekonomi yang baik apabila
suami isteri bekerja.Ilmu pengetahuan juga berkembang akan dikuasai dengan
lebih baik dan segera,hasil sumbangan teknologi.Gaya hidup juga sudah mula
menampakkan keyakinan dan ada stailnya yang tersendiri.
Tetapi jangan pula dilupakan,bahawa
globalisasi juga secara tidak langsungnya,telah memberikan ruang dan peluang
kepada menghuninya aspek negatif dalam hidup dan kekeluargaan kita.Hubungan
keakraban keluarga sudah mula renggang apabila berlakunya penghijrahan ke
kota-kota besar.Hubungan suami isteri juga semakin bersifat “materialistic”
apabila masing-masing sibuk dengan karier dan kehidupan pejabatnya.Hanya
bersama keluarga pada hujung minggu atau bila ada kelapangan.Krisis
kekeluargaan seperti perceraian juga meningkat.Kadar kelahiran mulai merosot
dengan teruk.Tanggungjawab menjaga anak diberikan kepada amah,golongan tua
iaitu ibu bapa tidak lagi tinggal bersama.Program balik kampung setahun satu
atau dua kali sahaja yang menjadi ruang untuk meziarahi orang tua dan
sebagainya lagi.
Aspek-aspek negatif ini
dating,bersama perkara positif yang dibawa oleh globalisasi.Mahu tidak
mahu,masyarakat yang ingin menjadikan keluarga sebagai asas kepada pembinaan
negara yang maju dan sejahtera perlulah kembali menghayati semula nilai-nilai
murni yang menjadi pegangan kita semenjak zaman Hang Tuah lagi.Ikatan
kekeluargaan perlu dikukuhkan semula.Hak-hak dan tanggungjawab sebagai
suami,isteri,ibu,bapa mahupun anak perlu diimbangi.Keperluan keduniaan mesti
dicari tetapi jangan sampai keluarga porak peranda.Nilai-nilai seperti
individualistik dan materialistik yang menunjangi kehidupan glo0bal hari ini
p[erlu dimurni dan dipulihkan kembali.Pastikan keluarga tetap diberi
keutamaan.keluarga yang sejahtera dan bahagia adalah merupakan asas kepada
kehidupan yang mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
Pengganas dan keganasan pula adalah
merupakan satu isu besar yang sedang hangat melanda dunia.Amerika telah
melahirkan pengganas dan tindakan keganasan.Amerika telah melahirkan satu
keadaan yang mana keganasan perlu dihapuskan dengan keganasan yang lebih hebat
lagi.Prinsip ini juga diperjuangkan oleh golongan Yahudi.Maka tidak hairanlah
apabila AS tidak mahu jalan rundingan dan perdamaian dalam menangani sesuatu
isu.Mereka lebih mengemari perang dan mengganas ke atas mana-mana sasarannya.
Konfilk Israel-Palestin adalah
merupakan ibu segala kecelaruan yang berlaku di dunia hari ini.Jika dilihat
kebanyakkan daripada kumpulan yang bertindak melakukan keganasan,mereka akan
menyalahkan AS sebagai punca ketidakadilan terutamanya dalam mengangani masalah
di Asia Barat.Keadaan ini telah menjadikan kumpulan-kumpulan yang dikatakan
sebagai pengganas ini terpaksa melawan semula tindakan oleh Israel dan Yahudi.
Maka lahilah ramai pengganas dan
semakin bertambahlah aktiviti keganasan.Hinggakan kumpulan yang memperjuangkan
kemerdekaan negara mereka sendiri juga dianggap sebagai pengganas.Sedangkan
negara yang mengganas dianggap mempertahankan nyawa dan harta benda mereka.Oleh
itu kumpulan pejuang seperti PLI yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin,PULO
yang memperjuangkan kemerdekaan Patani dan MORO yang memperjuangkan kemerdekaan
Selatan Filipina dianggap sebagai pengganas.Manakala kerajaan haram
Yahudi,kerajaan Thailand dan kerajaan Filipina yang bertindak keterlaluan
dibiarkan dan diperakukan sebagai mempertahankan kedaulatan negara mereka.Akan
tetapi mengapa apabila kerajaan Indonesia cuba mempertahankan Timor Timur
daripada memperolehi kemerdekaan menerima kecaman dan campurtangan kuasa luar.
Maka jelaslah disini bahawa dunia perlu
kembali semula kepada nilai-nilai etika dan mengamalkan ajaran agama
masing-masing secara luhur.Konsep keganasan perlu ditakrifkan secara global dan
diperakukan oleh dunia serta diiktiraf oleh PBB.Semua resolusi yang dikeluarkan
oleh PBB mestilah dipatuhi dan dilaksanakan.Setiap negara yang berdaulat
didunia ini perlu memberikan hak dan keadilan kepada semua kaum samaada
majoriti mahupun minority.Konfilk Israel-Palestin haruslah diselesaikan dengan
jujur.Maka pastikan isu pengganas dan aktiviti keganasan ini dapat ditangan
dengan sewajarnya.
Isu-isu Semasa
Pada abad ke-21,dunia telah menerima
kemunculan ideology liberal demokrasi (Hitam,M.,2003). Fenomena global ini
berakar umbi dari peradaban Barat.Walau bagaimanapun dunia telah dikejutkan
dengan kehadiran isu baru berkisar tentang pertembungan peradaban
(Huntington,S.P.,2004).Samuel P. Huntington adalah orang yang bertanggungjawab
melontarkan idea ini,yang mana ia menjadi topik panas yang diperbincangankan
melalui pelbagai forum,seminar, penyelidikan,buku dan lain-lain lagi.Ia juga
telah mencetuskan pelbagai hipotesis dan mempengaruhi polisi sesebuah
negara.Ini menjadikan isu dialog peradaban sangat relevan dan mendepani pelbagai
isu lain sejak sedekad yang lalu.
Maka perbincangan kemudiannya lebih
menjurus kepada kewujudan tamadun-tamadun besar dunia lain seperti tamadun
Islam,Melayu,China dan India selain Barat dan Inca & Maya di Amerika Latin
(Aslam,M.M.,2004).Perbincangan juga mula berkisar tentang pertembungan antara
tamadun yang memungkinkan kepada peperangan dan kemusnahan yang sangat besar ke
atas tamadun manusia sarwajagat.Sarjana Barat seringkali mengaitkan tamadun
besar dunia ini akan bertembung dan merosakkan antara satu sama lain.Ia menjadi
semakin serius apabila pertembungan peradaban telah dijadikan teras dalam
membangunkan polisi pertahanan dan dasar luar sesebuah negara (Veitch.J.,2005).
Dari perspektif sejarah,peradaban
Barat telah menjadi sebuah peradaban yang menguasai tamadun-tamadun lain.Era
kegemilangan tamadun Barat ditandai dengan siri-siri penjelajahan dan
penjajahan yang bertebaran di seluruh muka bumi sekitar abad ke-15.Barat telah
menjadikan tamadun-tamadun lain lemah dan tidak berdaya saing dan hanya tamadun
Barat satu-satunya tamadun yang harus dipatuhi oleh seluruh umat manusia di
muka bumi ini (Al-Attas.S.M.N.,1990).Semua tamadun harus tunduk dan patuh
kepada tamadun Barat dan mengikuti segala apa yang telah
direncanakannya.Seluruh sistem bagi negara yang dijajah itu harus menepati
acuan Barat dan mematuhinya walaupun telah mencapai kemerdekaan.
Akan
tetapi,dunia tidak dapat menafikan bahawa pertembungan antara tamadun amatlah
penting dan berkesan.Barat sama sekali tidak boleh menidakkan bahawa
pertembungan antara peradaban Barat dan Islam telah menjadikan mereka lebih
baik dan hebat,begitu juga peradaban Islam telah menjadikan mereka lebih baik
dan hebat,begitu juga peradaban Islam yang telah diperkayakan oleh tamadun
India dan China,manakala peradaban Melayu pula menerima impak positif hasil
pertembungannya dengan peradaban India,China,Arab dan Barat sendiri.Saling
bergantungan antara peradaban inilah yang menjadikan dunia yang didiami oleh
manusia sejagat ini unik dan menarik (Baso.Ahmad,1999).
Dunia kemudiannya melalui zaman pencerahan
dan keterbukaan dengan lahirnya gerakan-gerakan pro-kemerdekaan dan demokrasi
liberal di ssluruh dunia.Ironisnya,gerakan ini dimulai dalam tamadun Barat itu
sendiri sebelum ia merebak ke seluruh dunia dan mengungguli negara-negara jajahan tamadun Barat.Gerakan
ini kemudiannya berkembang luas dan tidak dapat lagi dibendung oleh tamadun
Barat hingga akhirnya mereka terpaksa melepaskan tanah jajahan tersebut
satu-persatu.Maka berakhirlah sudah satu siri hegemoni kuasa yang amat dahsyat
di dalam sejarah kemanusiaan sejagat.
Monday, 19 March 2012
KESIMPULAN
Tamadun dalam islam adalah bermatlamat untuk memelihara
serta menjaga tiga dimensi utama dalam konteks peranan mereka sebagai khalifah
di muka bumi ini iaitu perhubungan manusia dengan Allah swt, perhubungan
manusia sesama manusia dan perhubungan antara manusia dengan alam sejagat.
Manakala, tamadun melayu merupakan sebuah tamadun yang unik,
kerana perkembangannya melalui beberapa tahap yang penting. Tamadun melayu
mengambil masa berabad-abad lamanya untuk menjadi sebuah tamadun yang unggul, setanding
dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Kebudayaan melayu mengalami
perkembangan yang melibatkan beberapa tahap, di mana pada mulanya masyarakat
melayu mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada objek-objek
yang dipercayai mempunyai roh dan azimat tertentu. Kemudian selepas kedatangan
agama Hindu, masyarakat melayu dipengaruhi oleh pengaruh agama Hindu dan
Buddha. Walau bagaimanapun, selepas kedatangan agama Islam, kehidupan mereka
bertukar kepada mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Agama Islam mudah diterima
oleh masyarakat kerana sifat Islam itu sendiri yang menjaga kemaslahatan semua
manusia. Bermula dari itulah, kehidupan masyarakat Melayu berkembang dan
bertambah baik.
Dalam kontek Malaysia, interaksi Tamadun india bermula
dengan kedatangan pengaruh Hindu-Buddha kea lam melayu yang dibawa oleh para
pedagang dan agamawan dari India. Pengaruh Hindu mula tersebar sehingga
bertapak kukuh di alam Melayu apabila terbentuknya kerajaan-kerajaan Hindu seperti
kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Apabila Islam dating dan mengambil
alih kekuasaan, sekitar abad ke-14 dan ke-15M, ia menyebabkan pengaruh Hindu
semakin berkurangan di alam melayu. Bagaimanapun kesan pengaruh Hindu masih
boleh dilihat dalam sesetengah masyarakat Melayu hingga ke hari ini.
Dan yang terakhir, tamadun Cina yang merupakan satu tamadun
yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun China sehingga ke dunia barat
menunjukkan tamadun China berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun
China telah member pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme
telah member idea kepada sesebuah Negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah
kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanism, humanitarianisme,
intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam
kehidupan harian manusia.
Kebolehan tamadun China dalam teknologi dengan menyumbangkan
empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun China telah lebih awal
maju berbanding dengan tamadun lain.
Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun
Persamaan dan
perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat
melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama dan budaya.
Agama
Islam percaya
wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China),
mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia.
Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti
Brahman, Vishnu dan Siva.
Kebudayaan
Terdapat beberapa
persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan
juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Terdapat juga
perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun
Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja
selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak.
Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan
daging lembu.
Etika
Hampir semua perkara
mempunyai persamaan antara tamadun.Salah satu contoh ialah semua tamadun
mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka
percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu
adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula,
mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di
dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.
Pemerintahan
Bagi semua tamadun,
rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China)
memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik
dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari
tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara
juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul
konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan
dijelmakan sebagai wakil tuhan.
Kemasyarakatan
Setiap tamadun menyatakan
bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota
masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi
sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara
penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak
bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu
Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.
Ekonomi
Setiap tamadun
menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam
menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya
haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana
taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.
Kesimpulannya,
interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat.
Walaupun terdapat banyak kesan positif dan negatif. Pertembungan interaksi
antara tamadun ini telah mewujudkan banyak perkara baru seperti percambahan
ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini
juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan
juga etika.
Kesan Interaksi Antara Tamadun
Setiap tamadun manusia
yang wujud di dunia ini seperti tamadun Islam , China dan India dari dahulu
hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi ini
berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi
interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan,
bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali
antara satu sama lain keran ia merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya
membawa kepada kerjasama.
Interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun China
Interaksi-interaksi
yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan
samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China
memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan
Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku
perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang
akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.
Interaksi Tamadun China dan Tamadun India
Interaksi antara
tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada
masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara
China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan
perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini
ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari
India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek
matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara
China melalui ahli-ahli astronominya.
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Melayu
Interaksi antara
tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang
ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara.
Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan
Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh,
Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain
lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga
turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang
besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian,
makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Interaksi Tamadun Cina dan Tamadun Melayu
Interaksi tamadun
China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran,
teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang
dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga
bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam
aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta
pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku
melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi
secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan
diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan
Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Gambar-gambar Tamadun Zaman Dulu Kala
Candi Borobudur
Candi
peningalan kaum India pada zaman dahulu kala
Kuil Artemis Turki
Taj Mahal
Tembok Besar China
Taman Tergantung Babylon
Ciri-ciri Tamadun
Kreativiti dan inovasi
manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.
Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia
dalam kedua-dua aspek ini. Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri
utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup
yang lebih sistematik.
Peningkatan jumlah
penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek
sosial, ekonomi dan politik serta ia juga mampu mengatur cara hidup manusia
untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Sistem
pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem ini
membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada
masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
Disamping itu, agama
dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini
kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan
pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan,
kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.
PENGENALAN
Perkataan tamadun
berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu
lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang
mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan
daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah
civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud
bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Bagi masyarakat Barat,
tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan
seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan
beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan
kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
Menurut Islam titas
menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Unsur-unsur ini penting untuk
mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib
al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan
yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya,konsep
tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian
dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian
dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
Wednesday, 14 March 2012
SPECIAL FROM "CAMSYALOU"
Ini adalah sebahagian daripada ahli kumpulan kami yang digelar 'CAMSYALOU'. Nama ini adalah hasil gabungan daripada nama ahli kumpulan kami. C- Cindy, A- Adi, M- Mastura, SYA- Syafiq, LOU- louis. Diharap para pembaca dapat menghayati apa yang cuba kami sampaikan di blog ini. :D. Maaf sekiranya blog kurang menarik kerana kami masih belum siapkan lagi blog ini dan blog masih lagi dalam proses kemaskini. Harap maklum. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)