My Loyal Followers kih3 ^.^~

Monday, 19 March 2012

Ciri-ciri Tamadun



Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.
Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik serta ia juga mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem ini membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
Disamping itu, agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

PENGENALAN



Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
Menurut Islam titas menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Unsur-unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya,konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

Wednesday, 14 March 2012



SPECIAL FROM "CAMSYALOU"
Ini adalah sebahagian daripada ahli kumpulan kami yang digelar 'CAMSYALOU'. Nama ini adalah hasil gabungan daripada nama ahli kumpulan kami. C- Cindy, A- Adi, M- Mastura, SYA- Syafiq, LOU- louis. Diharap para pembaca dapat menghayati apa yang cuba kami sampaikan di blog ini. :D. Maaf sekiranya blog kurang menarik kerana kami masih belum siapkan lagi blog ini dan blog masih lagi dalam proses kemaskini. Harap maklum. :)